Ketika hati mula berbisik yang aku merinduinya.....
Aku mahu dia tahu betapa hati ini merinduinya....
dan
Aku ingin ia menyambutnya dengan penuh kemesraan
Tapi ku tahu semua itu tidak akan terjadi..
KERANA..
Aku tahu dia tidak mahu tahu itu semua
dah tidak akan cuba untuk memahami.....
Tapi kenapa aku begitu bodoh
kerana masih berharap padanya..
Sedangkan aku tahu
Hakikatnya yang ku kejar cuma bayang-bayangnya...
Dan aku sudah mula merasakan
bahawa kasihnya bukan padaku lagi..
Namun mengapa hati ini masih betahan untukmu???
dan ia tertutup rapat untuk yang lain....
Tak pernah terlintas di benak hatiku
untuk mencari yang lain...
kerana ku tahu...
yang aku sayang cuma dirimu...
Betapa besarnya kasih ku padamu..
NAMUN
tidak ternampak jua oleh mu....
Tidak mengapalah kira begitu mahumu...
akan ku turuti jua....
namun izinkan lah diriku terus merinduimu..
hingga akhir hayat ini....
Saturday, 23 July 2011
Tuesday, 5 July 2011
iltizam nan satu
Kiranya jalan yang lurus ini
Melintang musibah menghalang langkah
Usah gundah tak sudah
Usah berpaling kepada dadah
Sedarlah temanku sayang,
DADAH!
Dadah itu tak pernah tumpas
Melebur sejuta cintanya
Meranapkan jasad dan minda insan
Menjadikan bangkai bernyawa
Yang gugur terbuang di tanah perkuburan
Tapi , mengapa?
Mengapa kau undang sendiri petaka pencakar sejarahmu
Mengapa kau cucuh api membakar hidupmu
Mengapa kau rodok urat nadimu
Mengapa kau najisi maruahmu
meminta-minta , meronta-ronta
dalam jerat yang mencengkam menjerut
dalam lurah dalam yang hitam
Ayuhlah teman-temanku
Kita jauhkan jerat dadah
Kita pancarkan jati diri
Kita bangunkan menara iltizam
Agar diri tidak dirempuh dimusnah
Agar tunjang iman teguh gagah
Mengukuh iltizam diri
Bagi temanku yang tersalah langkah
air mata bukan penawar
Mari kita berpecak di pantai ilmu
Kita alunkan lagu-lagu suci
Kita bisikan rindu syadu buat Maha Pencipta
Ayuhlah saudaraku!!
Usah kau berpaling ragu
Yakinlah dengan ilmu dan taqwa yang ada
Kita bentangkan wadah perjuangan
Jihat menentang dadah durjana
Dengan membangunkan jihat fisabililah
Agar visi masyarakat madani
Tanpa dadah dapat direalisasikan bersama..
Melintang musibah menghalang langkah
Usah gundah tak sudah
Usah berpaling kepada dadah
Sedarlah temanku sayang,
DADAH!
Dadah itu tak pernah tumpas
Melebur sejuta cintanya
Meranapkan jasad dan minda insan
Menjadikan bangkai bernyawa
Yang gugur terbuang di tanah perkuburan
Tapi , mengapa?
Mengapa kau undang sendiri petaka pencakar sejarahmu
Mengapa kau cucuh api membakar hidupmu
Mengapa kau rodok urat nadimu
Mengapa kau najisi maruahmu
meminta-minta , meronta-ronta
dalam jerat yang mencengkam menjerut
dalam lurah dalam yang hitam
Ayuhlah teman-temanku
Kita jauhkan jerat dadah
Kita pancarkan jati diri
Kita bangunkan menara iltizam
Agar diri tidak dirempuh dimusnah
Agar tunjang iman teguh gagah
Mengukuh iltizam diri
Bagi temanku yang tersalah langkah
air mata bukan penawar
Mari kita berpecak di pantai ilmu
Kita alunkan lagu-lagu suci
Kita bisikan rindu syadu buat Maha Pencipta
Ayuhlah saudaraku!!
Usah kau berpaling ragu
Yakinlah dengan ilmu dan taqwa yang ada
Kita bentangkan wadah perjuangan
Jihat menentang dadah durjana
Dengan membangunkan jihat fisabililah
Agar visi masyarakat madani
Tanpa dadah dapat direalisasikan bersama..
Subscribe to:
Posts (Atom)